Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Wednesday, October 5, 2011

Mengapa wanita sering menangis???


Kerana wanita itu unik...
Aku ciptakannya sebagai makhluk yang istimewa...
Aku kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya...
Aku lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman...
Aku kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia...
Aku teguhkan peribadinya untuk terus berjuang pada saat yang lain menyerah...
Aku berikanya naluri untuk untuk mencintai anak-anak dalam apa jua keadaan sekalipun...
Aku kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman...
Walau disakiti oleh orang yang dia sayangi...
Wanita makhluk kuat...
Tetapi jika satu saat dia menangis itu kerana Aku berikannya air mata untuk...
Membasuh luka batin & memberi kekuatan baru...

p/s:  WANITA itu ISTIMEWA...(@-@)


Wednesday, September 21, 2011

perbualan seorang bayi sebelum kelahirannya..

Baca dan hayati kisah di bawah ini. Fahami mesej yang cuba disampaikan. Dan paling penting, amalkan ilmu yang anda dapat.

Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

Bayi  itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”

Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di  Bumi  banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.”

Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”

Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.


Dan sang bayi bertanya perlahan: “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah  Kamu  khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”

Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. 
Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat. ”

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anakmu yang sedang membesar.

Sesungguhnya Syurga itu dibawah telapak kakimu. Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara :
1.Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
2.Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
3.Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu
4.Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memilikimu

 
Sekian, semoga dapat sikit sebanyak manfaat daripada coretan ini

Sunday, September 11, 2011

Ingat ni wahai insan yang digelarkan LELAKI !!!!!!

"Peliharalah perempuan dengan cara yang baik. Sesungguhnya perempuan diciptakan dengan (sifat seperti tulang rusuk yang bengkok) dari antara tulang rusuk ialah yang paling atas. Bila kamu cuba-cuba meluruskannya, boleh memecahkannya dan bila dibiarkan akan tetap bengkok. Kerananya peliharalah perempuan dengan baik"...

P/S: ENTRI paling malas dalam dunia

Tuesday, August 16, 2011

Kisah Norma Pesakit Barah Otak tahap 4

...salam alls...
...entry pagi ni ciq tiey nak share cerita kisah norma yang menghidap barah otak...
...Berat mata yang memandang...
...berat lagi bahu yang memikul bila tengok & baca kisah norma nie...
...kalau kita rasa kita susah...
... ramai lg yg lebih susah dari kita...
... kalau kita rasa kita malang or rasa down...
... kena ingat ramai lagi yg lebih malang dari kita...
...ciq tiey baru jer follow kisah norma nie...
...baru ari nie rasa nak share...
...maybe ade lagi rakan-rakan blogger yang tak tahu...
...so,jom singgah di blog kakak ipar norma iaitu Moon...
...Ya allah...
...bila tengok kesusahan org...
...beri sedikit kesedaran untuk diri sendiri...


hati jadi sayu bila tengok pic ni..betapa bertuah nya my auni..ada mummy yg masih lagi mampu menyusukan dia..bagaimana dengan rafiq??..mendambakan belaian kasih sayang seorang ibu yg terlantar...


kasih sayang seorang suami yang tiada penghujung nya...

...Semoga dengan sedikit bantuan utk menyebarkan maklumat ini...
...dapat meringankan beban yg ditanggung oleh Norma & keluarganya...
...AMIN...


P/S:sambil mengalir air mata aku buat entry ni...sbb rasa bertuahnya hidup aku dikurniakan kesihatan hingga saat ini..Alhamdulillah..

Tuesday, August 2, 2011

{ Fadilat Terawih }

...just nak share dengan uols...
...fadilat terawih malam 1-10...
...semoga kita semua mendapat kelebihan ini...
...AMIN...


1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
•Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
•Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
•Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
•Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
•Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
•Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
•Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
•Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
•Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
•Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

Monday, August 1, 2011

{ Selamat Berpuasa }


                                               ...selamt berpuasa uols...
...semoga di bulan mulia ini...
...segala amalan kita akan dinilai...
& dirahmati Allah...


1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.
2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.
3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.
4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.
5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.
6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.
7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.
8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.
9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.
10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.
11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Tuesday, June 14, 2011

{ Suami Mithali }

Bismillah..,

Apa yg bakal disembang ni seswai utk bakal2 pengantin tapi buat pengantin lama, apa kata refresh semula. Buat arini mcm ari mula2 kawen? Boleh ka?

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa. - Uiiyyoh, kata Dr Fadhilah, tanpa niat anda TAK MUNGKIN jadik suami yg cemerlang. Sekali fikir mmg pun tak dan mmg ada hadis pun kan yang satu2 amal tu mesti disertai dgn niat. Tapi kene ingat aa brader, kalau niat aje, tak amal pun tak aci jugak.

2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik. - Laki2 yg baik adalah utk perempuan yg baik dan begitulah sebaliknya. Walaupun terkadang ada kes terpencil mcm Asiah yg bersuamikan Firaun. Pasti ada hikmah yang telah aturkan utk hambaNya tapi mereka yang berfikir aje yg tahu. Kalau yg tak berfikir2 tu, taktau la nk komen mcm mana. Kita sepatutnya bersyukur kerana tak semua orang boleh kawen tau. So, kalau dah kawen tu, syukurla... Sbb bila kita bersyukur, kita akan lebih menghargai isteri kita.

3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda. - Susah ke nak jadi suami kebanggaan. Isteri2 ni mmg tak dinafikan, suka main banding2 kalau dok setempat. Orang laki pun sll mcm tu kan? Cuma bezanya org laki jarang sembang pasal umah tangga. Memang sll kalau perati dlm TV pun, isteri2 suka bandingkan suami masing2. Sape yg dapat suami yg boleh dibanggakan, musti la rasa hepi kan...Suami org lain tak mcm suami dia dan sape yg suami dia paling hampeh, musti la rasa keciwa. Tapi ini bukan matlamat yg saya nk bgtau. Isteri yang baik, dia takla kecoh2kan terutamanya kelemahan suami dia. Saya nk bg contoh, mak ayah kita perlukan orang utk betulkan paip rumah. Tapi suami kita offer tolong buat, so tak payah upah orang. Tidakkah perkara kecil ini membuatkan si isteri rasa berbangga. Tatkala kawan sepejabat mengadu suami dia tak tolong buat keje umah, kita boleh rasa alhamdulillah, suami aku beres...

4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah. - Sekalipun bala bencana telah menimpa anda di opis, cubalah jgn bawak balik masalah tu ke rumah. Kerana isteri yang baik akan rasa bersalah walaupun dia tak salah yang sebenarnya. Bila anda pulang dgn senyuman, anak2 akan ada mood nak main2 dgn anak dan ini adalah ubat terbesar utk masalah yang anda galas di pejabat. Keesokannya, anda akan lebih bersemangat.

5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ? - Memang kalau ikutkan, zaman cari duit ni, masa 24 jam yg ALLAH bg tak jugak cukup2. Tapi takkan takde masa nak bersembang dgn isteri? Pandai2 la curi masa. Masa yg seswai bagi saya adalah selepas Subuh, seusai solat berjemaah. Tika lain, time balik keje. Satu lagi time nak dekat tido, especially kalau anakanda2 dah tido.

6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut. - Ni orang skang kedekut nak tepon tya bini dah makan ke? Anak kat umah buat ape? Ada barang kat umah dah beli ke? Ni idea tambahan ni, yang boleh ditambah tya kalau dah malu sangat tepon semata2 nak cakap, "Ayang, abang rindu aa..". Yo lah takut saham jatuh terguling2. Kalau susah sangat nak tepon, SMS aa...Teknologi punya la canggih. YM ada nak chat tapi apa kelas nak chat dgn bini sendrik. Tak rock konon...

7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri. - Memang bg jenis lelaki yg serius, susah nak cari benda nak buat lawak. Tapi kalau tak buat lawak, takkan tak pandai sikit pun nak bergurau. Takkan asyik direct aje. Sekali bini tgk, ntah2 dia fikir, nih laki aku ke robot aja. Saya rasa memang bergurau2 ni adelah antara cara yg baik apetah lagi Rasulullah junjungan kita juga selalu bergurau dengan isteri Baginda.

8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan. - Ya, ni lagi satu. Dah kat umah kalut dgn anak, kat opis kalut dgn keje. Time diberi kesempatan dok dalam kete, especially kalau perjalanan jauh, apalah salahnya kalau cari benda bersembang, anda yg memandu pun hilang ngantuk dan isteri pun rasa suka. Hei, sape yg tak suka sembang dgn suami sendrik. Lagi satu, kalau tetiba diam, acu amik tangan isteri letak atas paha korang. Saje2... Saya pernah baca zaman kanak2 lagi dalam majalah wanita, time tu saiz dia besau tapi saya boleh ingat sampai arini.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan. - Mmm...yang ni kerap bebeno dengar. Makan berjemaah. Sekali dengan anak2 dan kalau lebih baik, cuba makan dalam talam. Benda sikit pun rasa banyak.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri. - Betulke sunnah ek, mcm tak ingat tapi ni lah yg saya dapat dari salinan asal. Kalau salah, tolong betulkan ek... Amalan ni pun memang glamer. Tak payah tiap ari pun, kadang2 aje dah cukup untuk isteri teringat2kan suami dia.
 
SELAMAT MENCUBA =)

Tuesday, June 7, 2011

{ seorang isteri }

Beruntungnya Jadi Seorang Isteri

Sebenarnya tanpa kita sedar hanya dengan membuat sesuatu yang simple seperti menyediakan air minuman dan memasak makanan untuk suami, kita dah boleh kumpul banyak pahala. Kekadang kita ni banyak cari alasan dari membuat tul tak?.

hihihi saya cakap pun berdasarkan pengalaman sendiri jugak. Tah la kekadang saje cari alasan malas nak memasak, cakap tak sempat la request kata teringin nak makan itu makan ini la, even en.hubby tak kisah tapi sikit-sikit rasa bersalah tu tetap ada. Sebab tu la awal-awal lagi minta maaf kat suami sebelum nyatakan malas nak masak sebab teringin nak makan nasi ayam..boleh camtu?

Kalau buat air pulak kekadang bagi alasan tak baik minum air manis sokmo sokmo baik en.hubby minum air masak cuci buah pinggang, aih camna nak jadi isteri solehah ni, kalau yang buat perkara paling simple pun asyik cipta alasan jer...

Sebagai motivasi untuk diri menjadi isteri yang solehah jom kita baca ganjaran yang Allah janjikan jika kita memberi layanan yang the best buat suami kita. 

Isteri hendaklah sentiasa memberi layanan baik kepada suaminya.  Allah memberi ganjaran pahala yang berlipat ganda kepadanya sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW dalam banyak hadis-hadisnya antara lain bermaksud :

a)      “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari  berpuasa setahun”.

b)      “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya  lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

c)      “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

d)      “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

e)      “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

f)       “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

g)      “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

h)      “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada  bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan  taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk  syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.

(Hadis Riwayat Anas Bin Malik)