Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Sunday, July 10, 2011

orang kata cinta




orang kata,
jangan benci sangat pada seseorang,
kelak kita akan menyintainya separuh mati
walau tidak termaktub dalam kitab
namun kata-kata inilah yang diperturunkan
dari generasi ke generasi...
pepatah Inggeris pula ada menyebut,
it takes a second to know someone,
a minute to like someone,
an hour to love someone
but it takes the rest of your life
to forget your love ones
tiada kajian saintifik membuktikan kesahihannya
kerana proses kehidupan manusialah
yang menjadi saksi kebenaran pepatah tersebut...
orang kata,
cinta pertama sukar dilupakan
walau datang cinta lain kemudiannya
tidak semua orang bertuah
memiliki cinta pertama sebagai cinta sejati
bagiku, cinta pertama untuk dikenang
cinta yang datang kemudiannya
mungkin cinta sejati..
kita tidak tahu bila
kita akan bertemu cinta sejati kita
mungkin pada cinta pertama, kedua, ketiga
atau akhirnya kita menyedari
bahawa cinta sejati kita hanyalah pada Ilahi
namun aku bersyukur
kerana cinta sejatiku pada Penciptalah
yang mempertemukanku
dengan insan yang salah dahulu
sebelum menemui cinta sejatiku...
orang kata,
jika kita cintakan seseorang,
bebaskan dia...jika dia kembali
maknanya dia memang tercipta untuk kita...
luahkan hasrat dan impian kita dengan ikhlas
dan berusaha memperolehinya
tiada doa yang tidak didengar
tiada usaha yang disia-siakan
cuma percaya pada diri dan hati kita..
cintailah diri
dan cintailah segala yang kita ada
jangan sekali persia-siakannya...

and i love these words: "in life, ALLAH doesnt give you the person you want, instead he gives you the person you need... to love you... hurt you and teach you the real meaning of life..."

P/S: AKU PUNYA KAMU EN HUBBY =)

Monday, May 23, 2011

Macam mana korang kena Lamar??

Salam..
 
 Hi tiba2 teringat balik zaman kena ngorat and bercinta2 dulu...eehh macam mana korang kena lamar yerr??? cuba2 citer - cuba citerr hehehe mesti seronok kan..

Macam aku plak my hubby bukan jenis romantic dia terus direct time tue direct terus ckp "Jom kita kawen?" So apa lagi senyum2  ajelah.. rasa time tue dalam keter kot..hurmmmm  biasa2 ajer.

Tapi aku teringat balik masa mula2 aku kenal dia dalam internet *tagged*... masa mula2 dia nak ngorat aku,dia tinggal no phone dalam inbox aku..aku tak layan sebab aku dah berpunya sebenarnya..he..he..selang 2 bulan aku kasik no phne aku..gatai la plak..then my hubby call aku..layan mcm kawn la..


nak jadikan cerita aku berdate dgn dia at kopitiam kat billion tuh.. berani plak mamat tue time tue terus ckp " Sudi tak jadi gf saya dan jadi isteri saya untuk seumur hidup? " padahal kenal pun mcm tu jer.. jawabyerr  memang tak lah mentah2 aku tolak.. sory tak layan.. 

Setelah 7 bulan kami kenal until now still rasa macam member boleh gelak sakan saling menyakat satu sama lain.... gaduh puun mcm budak bercinta lagi.. Tapi x sangka akhiryer ke jinjang pelamin jugak kami. Aku pernah tanya macam mana u boleh lamar i .. Dia ckp entah bila first time nampak aku terus jatuh cinta and firasat dia mengatakan  aku lah bini dia.... uekkkkk. nak muntah tapi kalau korang nak tahu memang  tak sangka kami kawen jugak akhiryer walaupun aku ni kekasih orang..ha..ha..berjaya jugak dia rampas aku dari boyfren aku .. memang tak sesuai lansung akhiyer si dialah Suami ku skrang..



cincin lamaran..

       Mudah-mudahan Si dialah utku seumur hidup..
Amin


Sunday, May 22, 2011

1 years ANNIVESSARY

01.05.2011



sedar tak sedar.. dah genap setahun menjalani kehidupan berumahtangga.. owh.. masih tidak dapat menjalani kehidupan sebagai seorang isteri yang baik.. masih banyak yang perlu dilakukan untuk suami terchenta.. tapi diluar kemampuan saya.. sebagai seorang manusia biasa.. kita hanya mampu merancang dan berusaha selagi terdaya.. banyak benda yang perlu saya belajar dari MA saya.. JUga saya perlu bijak merancang masa depan bersama.. Terlalu banyak resolusi yang diinginkan selepas kawen ini...... TARGET.. TARGET.. TARGET....??owh okeh.. target saya dan enchek somi masih banyak yang belum tercapai....... TAK MENGAPA.. bukan senang untuk mendapat apa yang kita inginkan dalam sekelip mata.. bersyukurlah dengan apa yang telah diperolehi ketika ini... tetapi ada banyak perkara-perkara yang perlu dilaksanakan dalam tempoh seberapa segera yang boleh.......
1. saya dan enchek somi mahu menukar kereta sedia ada kepada kereta yang lebih besar dan selesa..tetapi biarlah sederhana dan mampu kami miliki..

2. membeli dan memiliki rumah sendiri. target 2013 setidak-tidaknya kami dah ada rumah kami sendiri..INSYA- ALLah.

3. terpaksa berkerja keras ..mencari side income utk menampung kehidupan kami sekeluarga....

4. mudahan tahun depan..adalah rezeki untuk saya dapat position jawatan yang setaraf dengan kelayakan sekarang..gaji naik..hatipun senang..

rasanya ini sahaja perkara-perkara yang diinginkan seberapa segera yang boleh..apepun rezeki semua di tangan Tuhan..sebagai manusia..kita harus bersabar dan sentiasa berdoa memohon kepada -NYa........