10 March 2012
My dear  baby Auni is one today!!!! sekelip mata jer dah 1 tahun.. cepatnya  masa berlalu hanya tuhan yang tahu.. lahirnya Nur Auni Aqilah ke dunia kami  merubah segala-gala dalam hidupku... Alhamdulilah kami terima rezeki  yang Kau kurniakan kepada kami dengan hati yang terbuka luas... 
pertama  kali melihat Auni cukup membuat hatiku cair... hilang segala  kesakitan dan timbul perasaan sayang dah hiba bercampur baur.. halusnya  kulitmu harumnya baumu... membuat hati merasa bangga kerana kamu  itu darah dagingku.. 9 bulan kamu ku bawa kuhulu kehilir tanpa mengira  penat dan lelah.. berbulan-bulan aku tidak terdaya melayan loya melayan  ngilu melayan letih, penat dan lelah.. kuharungi juga itu... 
semasa  kamu berada di dalam tubuh ku, sepanjang masa itulah aku berdoa  semoga kamu selamat lahir didunia dan mejadi anak yang solehah serta  tidak menderhaka kepada kami ibu bapamu.. malam-malamku tidak lena  kerana kamu sentiasa mengetuk dinding perutku.. 
tiba  masa kamu ingin keluar menjenguk dunia kuyakinkan diriku aku pasti  menempuh kesakitan itu dengan segala kekuatan yang kumiliki.. kusematkan  di dalam hati, aku sanggup lalui apa sahaja demi melihat kamu.. aku  ingin memeluk kamu, aku ingin menyentuh halusnya kulitmu, aku ingin  kamu! 
aku ingin kamu tahu betapa kamu memberi seribu erti kepadaku..
 itulah kamu Nur Auni Aqilah...
1 month
2 months
3 months
6 months
7 months
8 months
10 months
11 months
1 Year Old !!!!!!!
Nur Auni Aqilah anakku sayang, semoga kamu lahir ke dunia ini untuk  menyenangkan hati kedua ibu bapamu, memberi kebahagiaan yang tiada  terhingga nilainya.... kami sayang kamu!!!




 
 
 
 




No comments:
Post a Comment