Tuesday, June 14, 2011

{ Suami Mithali }

Bismillah..,

Apa yg bakal disembang ni seswai utk bakal2 pengantin tapi buat pengantin lama, apa kata refresh semula. Buat arini mcm ari mula2 kawen? Boleh ka?

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa. - Uiiyyoh, kata Dr Fadhilah, tanpa niat anda TAK MUNGKIN jadik suami yg cemerlang. Sekali fikir mmg pun tak dan mmg ada hadis pun kan yang satu2 amal tu mesti disertai dgn niat. Tapi kene ingat aa brader, kalau niat aje, tak amal pun tak aci jugak.

2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik. - Laki2 yg baik adalah utk perempuan yg baik dan begitulah sebaliknya. Walaupun terkadang ada kes terpencil mcm Asiah yg bersuamikan Firaun. Pasti ada hikmah yang telah aturkan utk hambaNya tapi mereka yang berfikir aje yg tahu. Kalau yg tak berfikir2 tu, taktau la nk komen mcm mana. Kita sepatutnya bersyukur kerana tak semua orang boleh kawen tau. So, kalau dah kawen tu, syukurla... Sbb bila kita bersyukur, kita akan lebih menghargai isteri kita.

3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda. - Susah ke nak jadi suami kebanggaan. Isteri2 ni mmg tak dinafikan, suka main banding2 kalau dok setempat. Orang laki pun sll mcm tu kan? Cuma bezanya org laki jarang sembang pasal umah tangga. Memang sll kalau perati dlm TV pun, isteri2 suka bandingkan suami masing2. Sape yg dapat suami yg boleh dibanggakan, musti la rasa hepi kan...Suami org lain tak mcm suami dia dan sape yg suami dia paling hampeh, musti la rasa keciwa. Tapi ini bukan matlamat yg saya nk bgtau. Isteri yang baik, dia takla kecoh2kan terutamanya kelemahan suami dia. Saya nk bg contoh, mak ayah kita perlukan orang utk betulkan paip rumah. Tapi suami kita offer tolong buat, so tak payah upah orang. Tidakkah perkara kecil ini membuatkan si isteri rasa berbangga. Tatkala kawan sepejabat mengadu suami dia tak tolong buat keje umah, kita boleh rasa alhamdulillah, suami aku beres...

4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah. - Sekalipun bala bencana telah menimpa anda di opis, cubalah jgn bawak balik masalah tu ke rumah. Kerana isteri yang baik akan rasa bersalah walaupun dia tak salah yang sebenarnya. Bila anda pulang dgn senyuman, anak2 akan ada mood nak main2 dgn anak dan ini adalah ubat terbesar utk masalah yang anda galas di pejabat. Keesokannya, anda akan lebih bersemangat.

5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ? - Memang kalau ikutkan, zaman cari duit ni, masa 24 jam yg ALLAH bg tak jugak cukup2. Tapi takkan takde masa nak bersembang dgn isteri? Pandai2 la curi masa. Masa yg seswai bagi saya adalah selepas Subuh, seusai solat berjemaah. Tika lain, time balik keje. Satu lagi time nak dekat tido, especially kalau anakanda2 dah tido.

6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut. - Ni orang skang kedekut nak tepon tya bini dah makan ke? Anak kat umah buat ape? Ada barang kat umah dah beli ke? Ni idea tambahan ni, yang boleh ditambah tya kalau dah malu sangat tepon semata2 nak cakap, "Ayang, abang rindu aa..". Yo lah takut saham jatuh terguling2. Kalau susah sangat nak tepon, SMS aa...Teknologi punya la canggih. YM ada nak chat tapi apa kelas nak chat dgn bini sendrik. Tak rock konon...

7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri. - Memang bg jenis lelaki yg serius, susah nak cari benda nak buat lawak. Tapi kalau tak buat lawak, takkan tak pandai sikit pun nak bergurau. Takkan asyik direct aje. Sekali bini tgk, ntah2 dia fikir, nih laki aku ke robot aja. Saya rasa memang bergurau2 ni adelah antara cara yg baik apetah lagi Rasulullah junjungan kita juga selalu bergurau dengan isteri Baginda.

8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan. - Ya, ni lagi satu. Dah kat umah kalut dgn anak, kat opis kalut dgn keje. Time diberi kesempatan dok dalam kete, especially kalau perjalanan jauh, apalah salahnya kalau cari benda bersembang, anda yg memandu pun hilang ngantuk dan isteri pun rasa suka. Hei, sape yg tak suka sembang dgn suami sendrik. Lagi satu, kalau tetiba diam, acu amik tangan isteri letak atas paha korang. Saje2... Saya pernah baca zaman kanak2 lagi dalam majalah wanita, time tu saiz dia besau tapi saya boleh ingat sampai arini.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan. - Mmm...yang ni kerap bebeno dengar. Makan berjemaah. Sekali dengan anak2 dan kalau lebih baik, cuba makan dalam talam. Benda sikit pun rasa banyak.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri. - Betulke sunnah ek, mcm tak ingat tapi ni lah yg saya dapat dari salinan asal. Kalau salah, tolong betulkan ek... Amalan ni pun memang glamer. Tak payah tiap ari pun, kadang2 aje dah cukup untuk isteri teringat2kan suami dia.
 
SELAMAT MENCUBA =)

2 comments:

  1. Pandai lah mum nih..nati aku prektik ekk..dale banyok2 tuh..mandi bersama..penah la jugok sekali sekala..xleh nok bermesra sgy..anok2 cemburu..huh..

    ReplyDelete
  2. ha.ha..bagus mum..prektik des balik nie..anak-anak tu mu kurung dalam bilik..

    ReplyDelete