Thursday, February 23, 2012

WALAUPUN NEGERIKU NEGERI MISKIN TAPI......

Title: Market

=-> Kelantan negeri miskin tiket Bol...a terMAHAL di Malaysia tetapi stadium sentiasa penuh

=-> Kelantan negeri miskin Baju TRW lengan pendek Rm 80,lengan panjang Rm 100 tetap di beli juga

=-> Keuntungan Tesco di kelantan antara yang TERTINGGI di Malaysia

=-> Cuba di ketuk pintu 10 biji rumah Banglo di kelantan, 9 melayu 1 cina je, tapi di Kuala Lumpur?

=-> Masa tiba tahun baru cina di kelantan, operasi kedai tetap berjalan seperti biasa,tapi di Johor dan Kuala Lumpur sunyi sepi sebab di kuasai golongan bukan melayu

=-> Kelantan negeri miskin di Malaysia tapi rakyatnya makan beras IMPORT dari Thailand

=-> Kelantan negeri miskin tapi ramai kaum hawanya yg mampu miliki EMAS sampai ke siku

=-> Kelantan negeri miskin tp produk bijak pandai datang dari negerinya

=-> Kelantan negeri miskin tapi dalam penerbangan tak kira Airasia, MAS dan Fireflyz selalu penuh!

=-> Kelantan negeri miskin tapi rakyatnya memiliki RUMAH SENDIRI bukan rumah sangkar burung (flat)

Ya Allah,Jadikanlah Negeri Kami Negeri Beragama, Tempat Istirehat Orang-Orang Miskin Dan Memerlukan.

p/s: Jika tak mampu hidup dalam negeri miskin,jangan sesekali datang ke Kelantan!!!

Wednesday, February 22, 2012

KESIAN ANAK DARE AKU NIIIEEE....

Nie kejadian ptg kelmarin...kena besi tajam kat her stroller...aku tgk luka boley tahan dalam la...


 ane tangan takit ??..ha..tu...dia tunjuk dgn jari.... padan muker...lasak sgt..


 pantang tgk benda kat lantai...terus makan...



 auni can wave... sebut jer 'byeeeee' dia mesti bye... tp the way she 'bye bye' tu.. lain
mcm sikit.. mcm suruh org blah jerrr... 'blah blah blah'...


-pose sexy-


BYE

Thursday, February 16, 2012

First Birthday Party Ideas



Sila tengok my little auni ni...Uhh!Tinggal lagi 3 minggu sebelum genap auni berusia 1tahun.Cepat sangat2 masa berlalu... Baby Auni bakal bertukar menjadi baby besar dah...Okeh dah bincang dengan En.Hubby macam nak wat small party untuk auni...Since dia pun x phm ape pun lg..masih kechik lagi just buat sekadar small party ..Invitation pun tak ramai..Menjemput closer friends terdekat dan jugak ahli-ahli keluarga...Senarai GuestList pun belum ada lagi... Yang tak dijemput, jangan kecik hati yerr...Lain tahun akanku jemput...

Sudah semestinya emaknya yang lebey-lebey..Prepration for small birthday party sudah dirancang..Heeeee..tak sabar nak tunggu hari langsungnya okayhh..


THE BIRTHDAY PARTY CHECKLIST
1.Birthday Cake Design
2.Cupcakes Ideas
3.Birthday Party Invitation Card
4.Party Decorating Ideas
6.Party Food
7.Goodies Bag
8.Birthday Party Theme

Comel kan ideas nie..simple sangat but nice ;)

 
counting days until 1 st bufday party...auwww...

sampai ketemuk... daaaaaaaaaaaaaa ;)
 

Monday, February 13, 2012

Rahsia Surah al-Kautsar

 

 Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat... & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.